Persatuan Siswa-Siswi Dunedin @ OUPERSADA  
 
   
 

Events Archive ‡

BBQ Welcoming Juniors '08

Pada 9 August 2008, Sabtu, OUPERSADA telah menganjurkan BBQ Welcoming Junior untuk meraikan adik-adik junior yang baru sahaja sampai ke Otago University. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenali pelajar Junior ini dengan lebih rapat supaya mereka tidak merasa keseorangan di bumi bertuah Dunedin ini. Di samping itu, aktiviti ini dapat merapatkan tali silaturrahim antara sesama ahli OUPERSADA yang merupakan semua pelajar tajaan Malaysia.

Aktiviti ini bertempat di Club n Socs Building yang sangat sinonim dengan kebanyakan pelajar di University of Otago. Pada mulanya, kami merancang untuk mengadakan aktiviti ini di tempat terbuka iaitu di Botanical Garden. Walaubagaimanapun, keadaan cuaca yang sentiasa hujan dan suhu yang sejuk melumpuhkan niat dan harapan kami. Alhamduillah, Club n Socs masih dapat menerima kehadiran kami sabagai pengganti kepada Botanical Garden.

Aktiviti yang dirangka dapat bermula pada jam 10 pagi nampaknya tidak berhasil. Ini kerana hujan yang turun dan suhu yang sejuk melambatkan proses kehadiran ahli. Kebanyakan ahli lebih suka untuk hadir lebih lewat kira-kira waktu makan tengah hari. Walaupun majlis bermula agak lewat, ia masih dapat diteruskan. Beberapa permainan menjadi pembuka majlis. Aktiviti berbentuk games ini diharapkan dapat menyihatkan mental dan fizikal peserta. Selepas itu, sesi ice breaking pula dimulakan. Semua yang hadir mengenalkan diri masing-masing sambil menikmati hidangan berupa bihun goreng, ayam BBQ, buah-buahan dan juga potluck. Walaupun kehadiran agak sedikit, namum makanan berjaya dihabiskan dan pembaziran makanan dapat dielakkan. Seusai kenyang menjamu selera, para peserta mengundur diri untuk menyambung aktiviti harian mereka.

Diharapkan kesemua ahli berpuas hati dengan perjalanan aktiviti ini dan juga dengan makanan yang disediakan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dalam keadaan yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Sekian.


Back to events