This website is still under construction. A "‡" denotes a heading with false/dummy
History
-doing research.....
-
Pada asalnya, OUPERSADA ditubuhkan di Dunedin untuk menjaga kebajikan semua pelajar tajaan yang belajar di seluruh South Island, New Zealand. Puan Siti Suria dan Puan Rosmah yang merupakan Pegawai MSD di New Zealand pada masa itu dikatakan memainkan peranan penting dalam pengasasan OUPERSADA. Suatu ketika dahulu, OUPERSADA pernah menghantar satu kontinjen ke Bersatu Games, yang mana anggota-anggotas kontinjen pada waktu itu terdiri dari pelajar Dunedin sendiri dan juga pelajar-pelajar dari Christchurch dan Lincoln. Tahun demi tahun, bilangan pelajar Malaysia di New Zealand semakin bertambah sehingga pelajar-pelajar tajaan di tempat-tempat lain seperti Christchurch dan Lincoln dan sebagainya mula menubuhkan Persatuan masing-masing. Maka dengan itu, OUPERSADA mula menfokuskan khidmatnya untuk pelajar-pelajar tajaan di Dunedin.
Mission
Misi OUPERSADA adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya di samping menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama kita membuat kita merasa seperti berada di rumah ('feels like home'). OUPERSADA juga merupakan medium utama untuk pihak penaja berhubung dengan pelajar-pelajar di sini. OUPERSADA lebih menfokuskan kepada aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebudayaan tanpa mengabaikan aktiviti-aktiviti sosial lain. OUPERSADA juga memainkan peranan dalam mempromosikan negara Malaysia khususnya budaya melayu dan agama Islam kepada masyarakat antarabangsa di sini
Membership
Semua pelajar tajaan kerajaan Malaysia dan anak syarikat kerajaan Malaysia (tidak kira JPA, MARA, Petronas dan lain-lain) yang sedang belajar di University of Otago secara automatik menjadi ahli OUPERSADA. Selain pelajar tajaan, rakyat Malaysia yang menetap di Dunedin juga boleh menjadi ahli OUPERSADA